BREAKING NEWS

About Company

Isnin, 11 Jun 2012

Lawak Aih! Bengapnya Anak Melayu Sekarang ni!



Abang nak ceritakan kisah benar yang berlaku dikalangan remaja melayu kita sekarang. Tahukah kita bahawa ramai dikalangan remaja melayu yang langsung tidak berminat dengan perkembangan berita Tanah Air dan juga berita mengenai hal negara serta ekonomi. Kalau ada pun mungkin sebilangan remaja prihatin dan sudah pandai berfikir dengan waras.

Semalam Abang berkesempatan melepak bersama rakan-rakan, lepak kedai mamak, punyala lama tak melepak.. biasa la agak sibuk dengan kerja. Tapi bukan itu yang Abang nak cerita. Abang nak cerita mengenai dialog dua orang budak melayu disebelah meja Abang. Memang dialog mereka agak lucu, tetapi inilah realiti yang terjadi dikalangan remaja melayu kita sekarang.

Kisah tiga orang remaja sedang berbual, dua orang berbual, seorang lagi sedang bergayut (cakap dengan handphone).

Remaja A: Wei.. bulan depan kita merdeka kan?
Remaja B: A'a la.. bulan depan bulan ogos.

Remaja A: Kat mana nak lepak sambut merdeka nanti?
Remaja B: KLCC la best!.. hahah..
Disebabkan diorang cakap terlalu kuat, Mc sengaja memasang telinga mendengar perbualan budak-budak ni.

Remaja A: Ko tahu sambut merdeka, tapi ko hapa (langsung) pun tak tahu pasal merdeka.

Remaja B: Apa yang aku tak tahu dan ko tahu?

Remaja A: Kalau ko pandai, Siapa Perdana Menteri kita yang pertama?
Remaja B: KO ingat bodoh sangat ke, tentulah aku tahu. err... hmm... kalau tak silap aku, nama dia ada ONN, siapa tu.. err.. Aaa.. Jaafar Onn. Ye aku ingat, Jaafar Onn.
Remaja A: BETULLL.. tak sangka aku ko ni pandai jugak.

Waktu ni Abang kat meja sebelah dah bersembur tahan gelak dengan kelaku bodoh bengap budak-budak ni. Tiba-tiba kawan diorang yang sedang bercakap dihandphone bersuara.

Remaja C: Weii.. Perdana Menteri Pertama Jaafar Onn? Jaafar Onn tu bukan ke si Pelakon dan Penyanyi yang lembik dan gemuk-gemuk tu ke?

Remaja A dan B terdiam seketika..

Remaja A: yer laa.. Jaafar Onn tu yang pelakon gemuk lembut yang suka rancangan memasak tu la, baru aku ingat.
Remaja B: Habih tu, siapa perdana Menteri kita yang pertama?

Remaja C: Aku pun taktau.. tapi rasanya mungkin ada yang Onn.. Onn tu..

Remaja A: Ahh.. sudah la.. boring topic ni, bukan hal kita pun. Abaikan je la.
Sambil diangguk kawan-kawannya. Abang gelak-gelak sebenarnya, Abang kasihan dengan budak-budak melayu sekarang. Kalau tengok dari segi umur, macam baru 19 atau 20 tahun. Tapi takkan tak pernah belajar sejarah kat sekolah. Sampaikan PM pertama pun diorang tak tahu. Kesian-kesian.. Cuba bayangkan kalau mereka ini didatangi oleh orang tertentu dan kemudiannya mereka dihasut, contohnya mereka dihasut supaya mempercayai bahawa PKM (parti komunis malaya) ini adalah pejuang kemerdekaan yang tulen. Tentu sekali mereka akan percaya bulat-bulat.

Ini baru ilmu sejarah dan pengetahuan am, bagaimana pula dengan pengetahuan mengenai Agama Islam? Abang tak fikir mereka mengambil berat mengenai Islam. Abang pernah temubual seorang budak perempuan dan budak lelaki yang baru lepas kena tangkap khalwat. Yang paling Abang terkejut apabila, kedua-duanya langsung tak tahu cara nak mengucap dua kalimah syahadah. Bukan kata nak baca surah al-Fatihah, mengucap pun tak tahu. Masyallah.. Inilah dinamakan Islam hanya dalam I.C.

Sebelum remaja melayu kita menjadi semakin teruk, kita perlu ada program dikalangan belia remaja yang boleh membantu mereka dari segi pengetahuan agama dan menjaga mereka dari gejala yang tidak elok. Abang tak harap ibu bapa mereka ini mampu menjaga anak mereka, kerana jika ibu bapa mampu, mereka takkan jadi sebegini.

Share this:

1 ulasan :

  1. Mmg la kita bukan ahli politik , but at least , we should know our prime minister. That is a basic knowledge.

    BalasPadam

 
Back To Top
Copyright © 2014 Media Kedah. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates