BREAKING NEWS

About Company

SEJARAH KEDAH

Fashion

Food

Khamis, 4 Disember 2014

ASAL USUL SEJARAH GUNUNG KERIANG



Ada mitos yang mengatakan gunung ini asalnya sebuah kapal yang disumpah menjadi batu oleh Sang Gedembai kerana hajatnya untuk mengahwini puteri yang berada di dalam kapal itu tidak dipenuhi .

Di dalam gua ini pula dikatakan mempunyai pinggan mangkuk yang dipercayai dibawa oleh kapal tersebut. Masyarakat yang mendiami kawasan ini ketika dahulu pernah meminjam mangkuk berkenaan untuk majlis kenduri.

Kini, Mitos tersebut telah menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk datang ke sini.

Gunung yang dimaksudkan ialah Gunung Keriang yang terletak kira-kira 7 km dari bandar Alor Star, ia adalah destinasi yang harus kita kunjungi kerana kaya dengan keindahan alam ciptaan tuhan.



Taman rekreasi yang indah di sini sesuai kepada mereka yang ingin merehatkan diri setelah penat bekerja. Kemudahan seperti tempat meletak kenderaan, tandas awam dan taman permainan ada disediakan di sini.Ia juga sesuai sekiranya kita datang untuk bersenam.Gunung Keriang – Pandangan dari bahagaian barat

Selain itu, Gunung Keriang juga kaya dengan batu kapur atau batu bunga ( kristal ) . Batu ini dicari di dalam gua-gua yang terdapat di sini oleh penduduk tempatan dan luar . Sekiranya kita ingin mendapatkan batu ini, kita boleh membelinya dari peniaga yang menjualnya di sekitar taman rekreasi ini.

Pada masa sekarang, pencarian batu ini tidak dibenarkan lagi dan dengar khabar di sekitar Gunung Keriang ini akan dibangunkan menjadi sebuah tempat perlancongan bertaraf lebih tinggi.Sekarang ini pula kawasan disekeliling Gunung keriang telah dimajukan , Muzium padi, Pusat Sains Negara dan Jambatan gantung antara salah satu tarikan terbaru di situ..

Yang pastinya, kunjungan kita ke sini pasti akan memberikan ilham dan ketenangan betapa pentingnya kita perlu terus menjaga keindahan alam ini.

Isnin, 1 April 2013

Gempar !!! Kerana Ayam 20 Ekor Muslimah PAS Kedah Bergaduh.



Mungkin ada yang tidak percaya apabila Pisau Kedah bagi tau Muslimah PAS di satu kawasan di Kedah bergaduh sakan sesama sendiri hanya kerana 20 ekor ayam.

Ceritanya begini... Seminggu yang lepas, PAS kawasan Taman Bandar Baru, Sungai Lalang telah membuat satu majlis makan malam parti ketika satu ceramah politik yang di buat di kawasan berkenaan.

Hendak di jadikan cerita seorang Muslimah yang selalu di pertanggungjawabkan menyediakan makanan untuk majlis-majlis PAS kawasan berkenaan telah membeli 20 ekor ayam bagi menyediakan makanan di majlis makan malam sepertimana yang di selalunya di lakukannya.

Tanpa di sangka Ketua Muslimah PAS kawasan berkenaan telah mengambil alih penyediaan makanan majlis makan malam tanpa memberi tahu Muslimah yang selalu di pertanggungjawabkan seperti selalunya sedangkan Muslimah berkenaan telah membeli 20 ekor Ayam dan sudah siap di proses untuk di masak.

Ketika Ketua Muslimah PAS kawasan berkenaan berjumpa dengan Muslimah terbabit di Markaz PAS Kawasan berkenaan untuk memberitahu bahawa dia telah membuat makanan majlis makan malam parti berkenaan yang akan di adakan sebelum ceramah politik yang akan di adakan telah menimbulkan rasa tidak puas hati Muslimah kepada ketuanya sehinggakan menyebabkan berlakunya pergaduhan yang dasyat.

Pada mulanya pergaduhan berlaku hanya membabitkan pergaduhan mulut sahaja di antara Muslimah terbabit dengan ketuanya sehinggalah Muslimah terbabit bertindak di luar kawalan dengan mengambil rantai yang di gunakan untuk mengunci pintu pagar Markaz memukul ketuanya itu namun tiada kecederaan teruk yang di alami Ketua Muslimah PAS terbabit.



Setelah itu Ketua Muslimah PAS terbabit balik menceritakan kepada anak lelakinya yang berada di rumah, lalu anak lelaki Ketua Muslimah PAS terbabit telah menyerang Mulimah PAS yang memukul ibunya namun gagal kerana Muslimah PAS terbabit telah lari masuk rumahnya yang terletak berhampiran dengan Markaz.

Akibat gagal menyerang Muslimah PAS yang memukul ibunya itu, budak lelaki terbabit telah mengambil tindakkan memecahkan cermin kereta milik Muslimah terbabit yang di letak luar pagar.

Setelah itu barulah pemimpin PAS kawasan terbabit bertindak masuk campur dengan meyelesaikan secara aman. Pemimpin Pas terbabit telah menghalang kedua-dua Muslimah yang bergaduh itu dari membuat laporan polis kerana bimbang ianya akan di ketahui umum dan ianya bakal mencalarkan imej PAS kawasan berkenaan.

Setelah beberapa hari selepas pergaduhan terbabit, Muslimah yang bergaduh dengan ketuanya itu telah berpindah dari rumah yang di duduki berhampiran dengan Markaz PAS Kawasan Taman Bandar Baru, Sungai Lalang.
posted from Bloggeroid

Isnin, 11 Jun 2012

Lawak Aih! Bengapnya Anak Melayu Sekarang ni!



Abang nak ceritakan kisah benar yang berlaku dikalangan remaja melayu kita sekarang. Tahukah kita bahawa ramai dikalangan remaja melayu yang langsung tidak berminat dengan perkembangan berita Tanah Air dan juga berita mengenai hal negara serta ekonomi. Kalau ada pun mungkin sebilangan remaja prihatin dan sudah pandai berfikir dengan waras.

Semalam Abang berkesempatan melepak bersama rakan-rakan, lepak kedai mamak, punyala lama tak melepak.. biasa la agak sibuk dengan kerja. Tapi bukan itu yang Abang nak cerita. Abang nak cerita mengenai dialog dua orang budak melayu disebelah meja Abang. Memang dialog mereka agak lucu, tetapi inilah realiti yang terjadi dikalangan remaja melayu kita sekarang.

Kisah tiga orang remaja sedang berbual, dua orang berbual, seorang lagi sedang bergayut (cakap dengan handphone).

Remaja A: Wei.. bulan depan kita merdeka kan?
Remaja B: A'a la.. bulan depan bulan ogos.

Remaja A: Kat mana nak lepak sambut merdeka nanti?
Remaja B: KLCC la best!.. hahah..
Disebabkan diorang cakap terlalu kuat, Mc sengaja memasang telinga mendengar perbualan budak-budak ni.

Remaja A: Ko tahu sambut merdeka, tapi ko hapa (langsung) pun tak tahu pasal merdeka.

Remaja B: Apa yang aku tak tahu dan ko tahu?

Remaja A: Kalau ko pandai, Siapa Perdana Menteri kita yang pertama?
Remaja B: KO ingat bodoh sangat ke, tentulah aku tahu. err... hmm... kalau tak silap aku, nama dia ada ONN, siapa tu.. err.. Aaa.. Jaafar Onn. Ye aku ingat, Jaafar Onn.
Remaja A: BETULLL.. tak sangka aku ko ni pandai jugak.

Waktu ni Abang kat meja sebelah dah bersembur tahan gelak dengan kelaku bodoh bengap budak-budak ni. Tiba-tiba kawan diorang yang sedang bercakap dihandphone bersuara.

Remaja C: Weii.. Perdana Menteri Pertama Jaafar Onn? Jaafar Onn tu bukan ke si Pelakon dan Penyanyi yang lembik dan gemuk-gemuk tu ke?

Remaja A dan B terdiam seketika..

Remaja A: yer laa.. Jaafar Onn tu yang pelakon gemuk lembut yang suka rancangan memasak tu la, baru aku ingat.
Remaja B: Habih tu, siapa perdana Menteri kita yang pertama?

Remaja C: Aku pun taktau.. tapi rasanya mungkin ada yang Onn.. Onn tu..

Remaja A: Ahh.. sudah la.. boring topic ni, bukan hal kita pun. Abaikan je la.
Sambil diangguk kawan-kawannya. Abang gelak-gelak sebenarnya, Abang kasihan dengan budak-budak melayu sekarang. Kalau tengok dari segi umur, macam baru 19 atau 20 tahun. Tapi takkan tak pernah belajar sejarah kat sekolah. Sampaikan PM pertama pun diorang tak tahu. Kesian-kesian.. Cuba bayangkan kalau mereka ini didatangi oleh orang tertentu dan kemudiannya mereka dihasut, contohnya mereka dihasut supaya mempercayai bahawa PKM (parti komunis malaya) ini adalah pejuang kemerdekaan yang tulen. Tentu sekali mereka akan percaya bulat-bulat.

Ini baru ilmu sejarah dan pengetahuan am, bagaimana pula dengan pengetahuan mengenai Agama Islam? Abang tak fikir mereka mengambil berat mengenai Islam. Abang pernah temubual seorang budak perempuan dan budak lelaki yang baru lepas kena tangkap khalwat. Yang paling Abang terkejut apabila, kedua-duanya langsung tak tahu cara nak mengucap dua kalimah syahadah. Bukan kata nak baca surah al-Fatihah, mengucap pun tak tahu. Masyallah.. Inilah dinamakan Islam hanya dalam I.C.

Sebelum remaja melayu kita menjadi semakin teruk, kita perlu ada program dikalangan belia remaja yang boleh membantu mereka dari segi pengetahuan agama dan menjaga mereka dari gejala yang tidak elok. Abang tak harap ibu bapa mereka ini mampu menjaga anak mereka, kerana jika ibu bapa mampu, mereka takkan jadi sebegini.

Sosial: Remaja Maksiat di Sungai Petani!

CENTRAL SQUARE

CENTRAL SQUARE

TINGKAT 4 SPACE ZONE KARAOKE

TINGKAT 4 SPACE ZONE KARAOKE


SEPASANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SP


SUNGAI PETANI - Petang 9 Oktober 2010, tinjauan yang telah saya lakukan didapati berbondong-bondong remaja melayu yang masih bersekolah memenuhi pasaraya Central Square terutama di tingkat 4 dan 5. Bilik-bilik karaoke di tingkat tersebut boleh dikatakan 100 peratus dipenuhi oleh remaja melayu yang masih bersekolah.



Berbagai adegan dan aksi kurang sopan mereka lakukan. Sempat saya menemu-bual beberapa orang pengawal keselamatan dengan nada yang kurang menyenangkan mereka, gelagat anak muda melayu yang masih mentah dan hanya datang untuk berhibur tanpa batas. Mereka tidak mampu untuk menegur dan menasihati dengan jumlah yang terlalu ramai terutama setiap hari sabtu. Sambung baca sini.

Saban hari makin galak pulak remaja kita bermaksiat. Harap pihak berkuasa tidak terlepas pandang. Perkara sebegini yang menyebabkan ramai remaja mengandung di luar nikah, lepas tu nak tutup malu, buang bayi. Sudah la buat dosa, bertambah-tambah dosa untuk menutup malunya lagi.

P/s: Kadang-kadang bila kita tegur, kita pulak dimakinya.

Seram: Wajah hantu Perempuan Muncul di Pokok!

Gempar di Kedah khususnya bagi penduduk di kampung gunung dipinggir taman rekreasi Gunung Keriang Kedah.

Ini disebabkan terdapat jelmaan wajah mirip seorang wanita yang muncul pada sebatang pokok akasia di taman itu.

Menurut seorang penduduk disitu, 3 malam berturut turut penduduk sekitar mendakwa mendengar tangisan seorang perempuan dari pokok akasia ini. Tidak lama selepas itu satu lagi peristiwa misteri berlaku pada batang pokok ini.

Seorang kanak kanak melihat bentuk manusia dari paras kepala hingga kepinggang dengan mirip wajah seorang wanita berambut panjang mengurai.

Info: Petua Memilih Gadis yang masih perawan!

sekadar hiasan...

Malam Jumaat ni suasana dia lain sikit bagi orang yang berumah tangga, malam menunaikan tanggung jawabla katakan dapat bonus pahala sunat lagi. Bagi yang bujang tu, tahan saja la. Kalau tak tahan, nikah la cepat-cepat. Jauhi zina, jauhi larangan Allah, Insyallah.. hidup kita diberkati olehNYA.

Pada yang mahu memilih Isteri yang masih perawan. Mc sertakan ciri-ciri mengenali gadis perawan. Sesungguhnya Allah menciptakan kita berpasangan, apa yang ada pada diri kita. Itulah yang akan ada pada pasangan kita kelak. Baik sama baik, jahat sama jahat. Kalau nak isteri baik dan masih suci, diri sendiri kena la jaga jugak. Ini tidak, nak yang perawan, diri sendiri perangai macam haiwan. Pantang jumpa, asyik nak terkam saja.

Malas nak berleter panjang, baca lohh sendiri..

Sukan: Kedah Teruk! Bekas Pengurus pasukan Kedah Bersuara!!

apakah kita nak biarkan ini terus jadi kenangan?

Mc percaya peminat bola sepak Kedah pernah bersorak bangga apabila pasukan bola Sepak Kedah berjaya mencipta sejarah memenangi ketiga-tiga piala selama dua tahun berturut-turut. Selama dua tahun kita memenangi ketiga-tiga piala dibawah pengurusan yang sama, jurulatih yang sama dan pemain Kedah juga yang sama. Malah pemain import juga dikekalkan. Untuk mengingatkan kembali zaman kegemilangan pasukan Kedah, Mc sertakan video dibawah untuk tontonan semua.



Kenapa selepas itu, pasukan bola sepak Kedah prestasinya menurun? Apakah punca sebenarnya, kejatuhan pasukan bola sepak Kedah? Untuk mengetahui jawapannya, tengok dulu video dibawah ni.



Untuk pengetahuan pembaca dan peminat bola Kedah. Selepas BN kalah di Kedah pada tahun 2008. Kerajaan negeri Kedah dikuasai oleh Pas, ini bermakna organisasi tertinggi didalam KFA juga berubah. Malah presiden KFA juga dipegang oleh Ustaz Azizan (ishh Azizan lagi).

Pada mulanya memang tidak memberi sebarang kesan. Setelah beberapa bulan (Pas menjadi kerajaan negeri), Pengurus pasukan bola sepak Kedah, Datuk Othman Aziz yang di cop orang 'UMNO' didalam KFA, telah ditekan dan difitnah berulang kali sehingga beliau meletak jawatan sebagai pengurus. Ini semua terjadi kerana tekanan politik, dan KFA telah di politikkan oleh individu tertentu.

Selepas pasukan Kedah kehilangan seorang pengurus pasukan yang berjaya. Kemudian, pasukan Kedah juga kehilangan ramai pemain berbakat besar, akibat lari dari kemelut yang melanda pasukan Kedah. Kesan daripada kehilangan pemain, hingga merosakkan strategi jurulatih, Azraai Khor juga undur diri dari pasukan Kedah kerana tekanan yang dihadapi oleh beliau.

Tahukah anda, semua ini terjadi apabila kerajaan Pas mula memegang tampuk kerajaan negeri. Malah pentadbiran KFA juga telah dipolitikkan oleh mereka. Akibat permainan politik yang melampau, akhirnya pasukan bola sepak Kedah yang rebah dan tidak bermaya.


Selepas 2007, bola sepak Kedah tidak lagi memperolehi apa-apa lagi kejayaan. Malah tahun ini paling teruk! Pasukan Kedah telah mengharungi 17 perlawanan. Namun hanya menang 6 kali dari 17 perlawanan. Akibatnya pasukan Kedah sekarang sudah hampir tersingkir untuk ke Liga Perdana (Liga level 2).

Bagaimana untuk kita selamatkan maruah bola sepak Kedah kembali.. semalam Mc pergi berjumpa dengan bekas pengurus pasukan Kedah yang hebat tu, Datuk Othman Aziz, setelah berbual dengan beliau. Mc percaya beliau ada 'rahsia' dan strategi untuk kembalikan maruah pasukan bola sepak Kedah. Tak payah cakap banyak, tengok video dibawah...


Anda tak boleh nafikan peranan beliau semasa 2006 dan 2007, kerana beliau memang berjaya dan buktikan apa yang beliau katakan. Mc rasa, rakyat Kedah perlu melakukan sesuatu selepas ini.. selama 3 tahun pasukan Kedah (pentadbiran Pas juga 3 tahun) tidak memperolehi apa-apa kejayaan, malah dimalukan saja. Apa kata kita cuba kaleh balik kerajaan negeri ke BN. Lepas tu kita tengok adakah pasukan bola sepak Kedah dapat kembali ke landasan kemenangan, atau Datuk Othman Aziz hanya bercakap kosong?

Kalau ikut track record, Mc percaya beliau dapat lakukannya... takkan kita nak tunggu pasukan Kedah hancur lebur lunyai baru kita nak sedar? adehh..

Info: Etong dan Ekeng Gegarkan Sungai Petani!




Sapa orang Kedah yang tak kenal dengan Etong dan Ekeng? Ni la hiburan orang dulu. Tapi rasanya, hiburan wayang kulit seri asun ni bakal lenyap jika kita tidak pelihara dan menyokongnya kembali. Harap ada generasi muda yang dapat menyambungnya semula.

Info: Lawanya Aishah Waris Keturunan Mahsuri..





Sapa masih ingat Lagenda mahsuri, seorang wanita yang cantik rupawan, akhirnya difitnah dikatakan berzina dan dihukum bunuh. Semasa keris ditusuk ke tubuhnya, Mahsuri sempat bersumpah bahawa bumi Langkawi tidak akan maju selama tujuh keturunan dan akan menjadi padang jarak, padang terkukur. Malah darah yang mengalir keluar dari tubuhnya juga berwarna putih.



Itu kisah lagendanya, namun tidak ada sesiapa diantara kita yang pernah melihat wajah sebenar Mahsuri yang dikatakan rupawan itu. Namun sudah tentu ada keturunan Mahsuri yang akan mewarisi kecantikannya itu. MyNewshub membawa wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri. Keturunan yang memecah sumpah tujuh keturunan itu.



Ini adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi. Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia kini jua bertudung. Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas. Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan. Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil.


Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan.Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.



Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.











Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia. Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.



Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia.


Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.


Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.

Sosial: Maksiat Di Kedah Menjadi-Jadi!!



Apa dah jadi? Blogger Pas mendedahkan sarang maksiat di Kedah?

Gunung Jerai, lambang kegagahan negeri Kedah. Diantara gunung ketiga tertinggi di Malaysia. Penuh dengan sejarah, keindahan alam dan juga misteri yang tidak terungkai di dalamnya. Namun sudah tercemar apabila dilaporkan menjadi 'pot' remaja untuk beromen dan bermaksiat.

Berani benar mereka melakukan sedemikian. Ini kerana, gunung jerai mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pernah dahulu, ada pasangan remaja yang 'terlekat' batu dalam lesung dan tidak dapat dipisahkan. Kerana mereka berzina dikawasan jin Islam.

Akibatnya, pengamal perubatan tradisional datang untuk menyelesaikan masalah mereka, setelah hospital pun tidak dapat berbuat apa-apa, kecuali memotong anu lelaki tadi.

Tetapi mungkin pasangan yang berani bermaksiat ini sudah tidak fikirkan baik dan buruknya. Janji dapat melepas nafsu, tidak kira di mana pun asalkan orang tak nampak kira ok.

Selain gunung jerai, dikatakan gunung keriang juga menjadi pot untuk pasangan haram bermaksiat. Gunung keriang bukan sahaja pot untuk bermaksiat, malah ia dijadikan pot untuk remaja melepaskan ketagihan dadah.

Dikawasan Gunung Keriang juga dijadikan tempat mengedar ganja dan mengisapnya secara sembunyi.

Tanyalah remaja disekitar Alor Setar, apakah mereka tidak mengetahui perkara ini. Nescaya ramai yang mengetahuinya, kerana Gunung Keriang (Kawasan Kubu Kuat Pas) sememangnya sudah lama menjadi 'pembekal' ganja kepada remaja di sekitar Alor Setar.

Bukan Mc nak menuding jari, tidak. Tetapi gejala ini sudah lama berlaku. Mungkin ada sesetengah diantara kita sedar, dan ada yang tidak. Namun penagihan dadah dan maksiat perlu dibenteras dengan segera.

Kerajaan negeri dan jabatan agama Islam negeri perlu melakukan sesuatu jika tidak perkara ini akan menjadi lebih teruk dan kritikal.

Kerajaan Pas Kedah, boleh menyusun berpuluh-puluh ceramah politik dalam sebulan untuk orang mengundi Pas. Namun tidak adakah usaha untuk mengadakan ceramah agama bagi kesedaran rakyat.

Di tangan Pas Kedah. Maksiat semakin menjadi-jadi, dadah makin kritikal, graf jenayah semakin meningkat. Apa dah jadi? Dimana Pas Kedah terapkan pentadbiran Islam?

Orang Pas cakap bab Islam, umpama dia sorang saja yang pandai bab Islam, namun dalam segi mentadbir? Buktikan dahulu kepada kami Pas mempunyai pentadbiran Islam yang kuat. Bukan hanya bercakap dan berceramah politik disana-sini.

Sudah la penjanaan ekonomi negeri, Pas hanya harapkan sumber balak. Perkilangan, FDA dan sumber lain semua lingkup. Bab sosial juga gagal, apa lebihnya Pas berbanding kerajaan UMNO dahulu? Apa yang Pas buat setelah mendapat kerajaan negeri dari UMNO?

Kalau dasarnya tidak berubah, malah menjadi semakin teruk, baik bagi balik Kedah dekat UMNO. Menegur, mengkritik dan berjanji memang mudah. Namun dalam melaksanakannya.. apakah Pas berjaya?

Politik: Rakyat Kedah Sengsara!!


Semalam Mc ada membawa cerita bagaimana penduduk kampung Iboi di aniaya oleh kerajaan negeri dengan program Ladang Hutan atau lebih dikenali dengan Ladang Sejahtera (ala-ala Ladang Rakyat).

Program yang kononnya untuk rakyat itu, sebenarnya hanya untuk puaskan TOMOLOK nafsu kerajaan negeri untuk mengaut hasil bumi sebelum  mereka tersungkur pada PRU kelak.

Sudah puas mereka mengondol dan merogol balak dikawasan sumber air penduduk kampung. Hinggakan sumber bekalan air penduduk kampung tercemar. Apabila tercemar, penduduk kampung mengalami masalah untuk mendapatkan sumber air bersih.

Puas sudah penduduk kampung mengadu dan merayu kepada pihak berkuasa mengenai nasib mereka, namun tiada siapa yang peduli. Inilah nasib rakyat yang tinggal negeri yang kononnya mengutamakan 'kebajikan'. Kebajikan hanya slogan, yang sebenarnya..perut sendiri yang mereka utamakan... Untuk melihat kesengsaraan penduduk kampung, boleh tengok video dibawah..


Pada yang belum pernah baca artikel Mc mengenai kesengsaraan penduduk Iboi.. boleh klik kat SINI


McTheory:
Tukar kerajaan negeri, sebelum kita makin sengsara!!
 
Back To Top
Copyright © 2014 Media Kedah. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates